Friday, September 26, 2008

Inhaler

Alahai...ingatkan dah habis makan ubat yg di bekalkan aku takyah lagi risau pasal sesak nafas. Kira doktor cakap, biasanya macam aku yg baru kena ni sekali di suh pakai Nebulizer dan makan ubat2 tu, insyaallah aku akan ok macam biasa. Memang betul lah...aku dah pulih sedikit demi sedikit. Tapi aku dapat rasa, skang ni aku lebih sensitip pada cuaca dan keadaan sekeliling.

kalau sejuk sgt, sempit dada. Habuk banyak pun takleh... layan kucing... hahaha.. langsung terbaring aje lah aku. so maknanya aku kena ambil ubat untuk bantu peparu aku yg sensitip ni.

Aku pun dengan berat hati pi la klinik. Ingat nak x-ray dada. Kot la ada penyakit lain plak yang gatal2 nak dok tumpang dalam badan aku ni. Tapi melihatkan simptom2 yang ada, rasanya aku hanya ada asthma sebb alahan kepada kucing dan cat litter. So terpaksa lah aku di suggestkan untuk pakai inhaler ventolin.



So memandangkan bulan puasa, aku hanya pakai lepas buka puasa dan bersahur. Kalau masa puasa tu tetiba aku nak kena attack..kenalah aku tahan. Tapi ada satu hari, aku tak tahan... huru hara di buatnya nak bernafas. Pastu tak tunggu lagi lah.. aku shoot la sekali...lepas 5 minit. lega nya. Alhamdullilah...Benda alahh ni telah tercipta. kalau la takde..seksa nya nak bernapas.

Di sebbkan dah ada asthma...aktiviti mengambil oksigen secara berlebihan ( bakar duit tu la ) terpaksalah aku kurangkan... sob! sob! .. Bayangkan...semput2.. hisap okok.. hhaha... mati la mak....

No comments: