Sunday, September 28, 2008

Solat Raya

Tahun ni Insyaallah, nak bersolat raya buat pertama kalinya.
Syukur kehadrat Ilahi kerana di limpahkan kesihatan dan kesedaran kepada aku.

Alhamdulillah.

Mood Raya

Tinggal lagi 2 hari untuk kita seluruh umat islam di malaysia ni akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam tu jugak aku. Selalunya bila tiba time2 nak raya ni, aku lebih banyak rasa sedih dan jauh hati. Maklumlah...melihatkan orang lain yang syok habis nak raya aku ni serba serbinya kurang. Inilah dugaan. Apa boleh buat.

Tapi tahun ni, aku kuatkan hati.. berazam.. apa pun situasi yang aku alami, aku tetap akan meraikan hari raya ni dengan penuh kesyukuran dan kegembiran. Alahmdulillah, baju raya pun ada sepasang dah di beli. Sekurang kurangnya yang sunat tu aku dah buat, yang wajib pun aku dah buat juga. Puasa + zakat + Baju raya. Moga tahun ni hari raya penuh dengan kegembiraan dan semoga inilah titik tolaknya bermula hidup aku yang baru.

Insyaallah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri .




Saturday, September 27, 2008

Pertama Ramadhan

Bila dah dekat nak raya ni ( yea lah kan , tinggal lebih kurang seminggu lagi kita nak beraya ). Aku tetiba teringat 1 Ramadhan yang lepas. Ramadhan 2007. Skang kita semua dah lalui 1 Ramadhan 2008 lebih kurang 26 hari yang lepas.

Masih aku ingat lagi, masa tu duduk kat umah neraka tu. Umah 2 tingkat setengah tu. Umah tu Ok. Cuma isi dalamnya yang KO. Tak dapat aku bayangkan bersamaan dengan 1 ramadhan, bekas kawan aku ni buat Onar dalam rumah. Beromen sakan betul2 pada 1 ramadhan. Aib betul lah perbuatan dia tu. Aku rasa slut pun tak buat perangai tak senonoh macam tu. Tak hormat langsung bulan ramadhan.

Sudahlah tak menghormati isi rumah. Bulan ramdhan yang punya seribu keistimewaan pun dia tak hormat. Beromen bagai nak gila 2,3 hari terperap dalam bilik. Apa nak jadi ntah. Nantilah..aku akan buat entry pasai budak ni nanti.

Kini setahun dah berlalu. Yang tinggal hanya secebis memori tapi entah kenapa ia bagai tergambar kembali di ruang minda aku ni. Tapi mengapalah.. Raya pun nak dekat. Aku harap aku dapat lupakan 1 Ramadahan yang paling bersejarah dalam hidup aku tu. Aku bersyukur kerana Ramadhan kali ni aku tidak lagi berhadapan dengan perkara2 yang mengaibkan.

3 Hari lagi nak raya. bestnya.

Friday, September 26, 2008

Inhaler

Alahai...ingatkan dah habis makan ubat yg di bekalkan aku takyah lagi risau pasal sesak nafas. Kira doktor cakap, biasanya macam aku yg baru kena ni sekali di suh pakai Nebulizer dan makan ubat2 tu, insyaallah aku akan ok macam biasa. Memang betul lah...aku dah pulih sedikit demi sedikit. Tapi aku dapat rasa, skang ni aku lebih sensitip pada cuaca dan keadaan sekeliling.

kalau sejuk sgt, sempit dada. Habuk banyak pun takleh... layan kucing... hahaha.. langsung terbaring aje lah aku. so maknanya aku kena ambil ubat untuk bantu peparu aku yg sensitip ni.

Aku pun dengan berat hati pi la klinik. Ingat nak x-ray dada. Kot la ada penyakit lain plak yang gatal2 nak dok tumpang dalam badan aku ni. Tapi melihatkan simptom2 yang ada, rasanya aku hanya ada asthma sebb alahan kepada kucing dan cat litter. So terpaksa lah aku di suggestkan untuk pakai inhaler ventolin.



So memandangkan bulan puasa, aku hanya pakai lepas buka puasa dan bersahur. Kalau masa puasa tu tetiba aku nak kena attack..kenalah aku tahan. Tapi ada satu hari, aku tak tahan... huru hara di buatnya nak bernafas. Pastu tak tunggu lagi lah.. aku shoot la sekali...lepas 5 minit. lega nya. Alhamdullilah...Benda alahh ni telah tercipta. kalau la takde..seksa nya nak bernapas.

Di sebbkan dah ada asthma...aktiviti mengambil oksigen secara berlebihan ( bakar duit tu la ) terpaksalah aku kurangkan... sob! sob! .. Bayangkan...semput2.. hisap okok.. hhaha... mati la mak....

Thursday, September 18, 2008

Finally !!

Seperti yang di jangka. Setelah 2 ke 3 minggu bertarung dengan nyawa. Seksa. Sempit dada. Akhirnya aku tau jugak apa yang terjadi dalam sistem badan aku. Argh! kecewanya. Aku di serang asthma rupanya. Asthma aku bukan lah di peringkat yang teruk. Baru permulaan. Tapi memang terasa seksanya. Sebelum kena, teringin nak rasa, macam mana la rasanya bila kena asthma. Nahhhhhhh... rasa lah kan. Adushh.. Pegi klinik... sekali doktor suh pakai Nebulizer. Panik sekejap. Apa ke menda lah tu. Macam nak ambik oksigen tu lah. Eii... busuk ! Tapi memang berkesan... lepas sedut 2,3 kali. Perghh lega dada. Lapang bernafas.

Aku runsing betul fikir. Macam mana ni. Aku nak jaga dak tecit iteww.
Sayang sgt kat depa. Tapi aku ni tak tahan.
Teros ke Asthma. Macam mana la nak buat ni.

Lepas dah pakai Nebulizer tu rasa lega dan kena plak makan ubat yang doktor bagi sampai habis. antibiotik sama ubat lelah. Di bekalkan jugak ubat gastrik. tak suka macam ubat tapi terpaksa lah makan. Harap2 tak payah la pakai Inhaler.

Saturday, September 13, 2008

Berbuka Puasa.

Ada teman telah mengSMS aku. Mengajak berbuka puasa di rumahnya. Rumahnya pun aku tak tau di mana. Apatah lagi nak berbuka puasa bersama. Teman lama. Semenjak kecil bersama. Tapi aku mengambil keputusan tidak membalas SMS teman lama tersebut. Urmm.. aku sendiri terkadangnya tidak faham dengan hati kecik ku ini. Payah betul nak sembuh lukanya. Orang kata mengada ngada. Yea.. memang aku mengada ngada. Agaknya!.. kih! kih!

Tapi isu sebenar bukan kerana aku tak tau alamat rumahnya. Kacang aje mahu mencarik di mana rumahnya. Berikan aku alamat, sebelum berbuka pasti aku sampai. Soalnya aku masih terluka dengan sikap teman-teman yang banyak menyakitkan hati aku. Mereka tidak jujur. Dalam persahabatan, aku tulus. Aku ikhlas. Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi mereka membayar ketulusan yang aku sembahkan dengan seribu satu kesakitan. Penipuan.

Biarlah. Biarlah kali ini. Biarlah tahun ini. Ramadhan yang sedang kita lalui dan syawal yang bakal menjengah kita tidak saling menghubungi. Biarlah. Biarlah aku rawat hati. Kerna tak siapa yang memahami apa yang terbuku di hati.

Maafkan aku teman. Tiada niat memutuskan persahabatan. Tapi biarlah aku bersendiri buat masa ini. Memikir dan merawat apa jua yang pernah di calarkan di ruang sudut hati.

Doakanlah aku. Doakanlah agar aku beroleh kemenangan dan menepis godaan syaitan yang mahu makhluk bernama manusia memutuskan hubungan silaturahim sesama kita agar persahatan kita hidup segar hinga bila2.


Insyaallah.





aku yang sedang menyendiri.

zhzuha.

Tuesday, September 9, 2008

Mana tahan macam ni.



Tak larat dah nak tanggung selsema ni. Hari2 selsema. Dah 2 papan claranis ( ubat selsema power) dah aku sebat. Mana tahan macam ni. Setiap kali makan, jantung berdegup laju. Kalau tak makan, seluruh tubuh longlai. Dah berbotol dan bertin energy drink aku sebat gak sebb lemah sangat badan. Mana tahan macam ni. Bila selsema menyerang, semput pun datang. Nak bernafas berbunyi..hembus nafas berbunyi. Terasa ketat seluruh dada. Semput. Hidung sumbat, dada semput..nafas tidak lancar..oksigen berkurang dalam badan. Mana tahan macam ni. Teruknya rasa. Macam mana yea? Ada sesuatu yang menyebabkan aku macam ni ? Ah ! sesaknya.

Zuha®




Friday, September 5, 2008

5 September 2008


Wujudnya sebuah blog yang bernama "TanganYangMenitip".
Tujuannya satu. Meluah dan melahirkan pendapat sendiri
untuk kepuasan diri sendiri.
Tatkala beribu ribu blog bangun saban hari,
aku juga mahu bersama sama dalam komuniti itu.
Tidak mahu ketinggalan. Tidak mahu lagi membiarkan
sesuatu yg berharga dalam hidup berlaku tanpa
dapat aku mememorikannya untuk masa depan.



zuha®