Saturday, September 13, 2008

Berbuka Puasa.

Ada teman telah mengSMS aku. Mengajak berbuka puasa di rumahnya. Rumahnya pun aku tak tau di mana. Apatah lagi nak berbuka puasa bersama. Teman lama. Semenjak kecil bersama. Tapi aku mengambil keputusan tidak membalas SMS teman lama tersebut. Urmm.. aku sendiri terkadangnya tidak faham dengan hati kecik ku ini. Payah betul nak sembuh lukanya. Orang kata mengada ngada. Yea.. memang aku mengada ngada. Agaknya!.. kih! kih!

Tapi isu sebenar bukan kerana aku tak tau alamat rumahnya. Kacang aje mahu mencarik di mana rumahnya. Berikan aku alamat, sebelum berbuka pasti aku sampai. Soalnya aku masih terluka dengan sikap teman-teman yang banyak menyakitkan hati aku. Mereka tidak jujur. Dalam persahabatan, aku tulus. Aku ikhlas. Aku sayang kawan-kawan aku. Tapi mereka membayar ketulusan yang aku sembahkan dengan seribu satu kesakitan. Penipuan.

Biarlah. Biarlah kali ini. Biarlah tahun ini. Ramadhan yang sedang kita lalui dan syawal yang bakal menjengah kita tidak saling menghubungi. Biarlah. Biarlah aku rawat hati. Kerna tak siapa yang memahami apa yang terbuku di hati.

Maafkan aku teman. Tiada niat memutuskan persahabatan. Tapi biarlah aku bersendiri buat masa ini. Memikir dan merawat apa jua yang pernah di calarkan di ruang sudut hati.

Doakanlah aku. Doakanlah agar aku beroleh kemenangan dan menepis godaan syaitan yang mahu makhluk bernama manusia memutuskan hubungan silaturahim sesama kita agar persahatan kita hidup segar hinga bila2.


Insyaallah.





aku yang sedang menyendiri.

zhzuha.

No comments: