Thursday, February 19, 2009

Tinggal Lebih Kurang Sebulan.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan saje lagi rumah ni akan di kunjungi oleh puluhan saudara mara dekat dan jauh, sahabat handal yang lama tak ketemu maupun yang sering berurusan bersama, jiran² tetangga maupun jiran² yg agak jauh beserta orang² yang aku sendiri tak kenal akan datang kerumah ini untuk meraikan hari perkahwinan. Tentunya ratusan org akan silih berganti datang mengunjungi rumah yang sudah 26 tahun menjadi saksi kasih sayang yang erat antara kami sekeluarga.

Bilik air yang sudah 26 tahun bergenang air kini berubah wajah lantainya..

Tinggal lagi lebih kurang sebulan maka terciptalah satu²nya sejarah pada rumah yang sudah 26 tahun menyimpan perlbagai rahsia ahli keluarga dengan adanya majlis perkahwinan itu nanti, kerana tidak pernah sekali pun umah ini sejarahnya pernah ada ahli membuat majlis perkahwinan.
Aku andaikan ini yang pertama dan terakhir.... walaupun aku yg terkecil dalam keluarga dan belum ada tanda2 nak berkahwin..biar aku takdir kan takdirku sendiri..... "takdirku yang sukar di mengertikan"
Bilik air berak ni masih dalam proses suntikan botox kali terakhir untuk kelihatan menawan.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan rumah yang terlalu banyak meninggalkan nostalgia² dan memori² indah dan kurang enak akan menyaksikan satu perubahan besar bagi ahli rumahnya. Yang dari belakang telah kedepan...yang dari depan telah ketengah dan yang dari tengah telah di tolak kebelakang.Semoga dengan kehadiran ahli baru akan mendatangkan seribu satu memori yang lebih indah berbanding yang lepas². kedepan kebelakang ketengah itulah bilik² yang telah 26 tahun sama² berkongsi mimpi² ahli keluarga aku. Dikala baru meninggalkan ruang masing² aku sering tersilap langkah masuk ke bilik. Bukan aku saje... kucing ku lulu juga kehairanan yang teramat sgt...kesian dia.... namun lebih kesian kepada kedua orang tua ku...

Abang lulu mengambil kesempatan tido di kotak² milik opah... opah bengang...nak taknak kena la lapik supaya barang dalam box tak penuh bulu...lagi lah sedap abang lulu tido walaupun telinganya berkurap dan tangannya bengkak macam nak malatop. Abang lulu kucing cartoon.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan aku akan jadi satu²nya ahli tunggal dalam keluarga yang tak berkahwin. Tak kisahlah.....mak pun tak berharap... apatah lagi aku... lagi pun... aku terlalu handsome untuk di kahwinkan.

Katil yang dah tak larat lagi menampung pelbagai ponggong orang. Nasib la aku senantiasa membela nasibnya. kalau tidak katil ini dah lama menjadi katil niang rapik dek kerana pelbagai bontot yang menghempapnya.

Tinggal lagi lebih kurang sebulan rumah ini akan berubah wajahnya setelah hampir 26 tahun rumah ini hanya mendapat suntikan warna yang berubah². perkakas² lain semuanya sudah terlalu tua. Tapi tak lama lagi semuanya akan berubah... semoga dengan perubahan dan suntikan perkakasan baru ini akan membuatkan rumah yang sudah berumur 26 tahun ini akan lebih bergaya sesuai dengan umurnya yang berganjak dewasa. biar nampak matang dan bergaya.
Laluan ini dengan warna begini memang best... rumah ku warna warni...

Tinggal lagi lebih kurang sebulan..... ku doakan semuanya berjalan lancar...sejak 26 tahun yang lalu... rumah ini saksi penat lelah kami sekeluarga menghadapi dugaan tuhan. satu demi satu masalah... rumah ini lah tempat kami melampiaskan kesengsaraan hati. Dari masalah hutang hinggalah ke masalah putus kasih.... arghh! terlalu banyak hendak di kenang...

meja make-up telah berubah wajah. sekian lama dia menatap wajah² yang cantik menjadi semakin buruk dan tua kini dia pulak nak berwajah baru dan tampak muda.....( nampak baru kuar kilang la kiranya....)

Penat giler cat menatang ni.... perghhhhhhhhhhhhh!!!

Tinggal lagi lebih kurang sebulan... bila aku balik kg nanti.....situasinya tak sama lagi dengan tahun² sebelumnya.....26 tahun lamanya.... kini...ia akan berubah... gementar rasanya... yang pasti...ianya pasti tidak akan sama walau sebaik mana pun ia...

Ini saje perubahan pada dapur.... dapur besar tu dah di humban keluar... busuk..sbb banyak taik tikus...

bawah rak ni ada katil..sape tidur bawah rak..kira nasiblah kalo rak roboh...alaa...remok kepala je..

Tinggal lagi lebih kurang sebulan...aidilfitri, aidiladha, raya keling..raya cine...raya macam² lagi lah...dah tak sama lagi....oh oh... tak bestnya...

kete 2nd hand baru abang ja'od..

kawan abang itam...huh! patut la cat putih.


Tinggal lebih kurang sebulan...............sekejap aje nak sebulan..... kenapa bukan 2 bulan ? 3 bulan ? urmm... yang pasti.... 26 tahun sudah berlalu...kini hanya tinggal lebih kurang sebulan...

Abang lulu pun runsing bila papa terlampau emosi. Langsung dia tido....sayang abang lulu.

Aku yang sukar di mengertikan gambar terkini.



Sekian.

1 comment:

AyuG said...

syahdunya membaca entry sayang yang ni.. menitis air mata dibuatnya.. saya doakan perubahan besar yang berlaku dalam hidup keluarga awak merupakan berubahan menuju ke arah kesempurnaan yang baik.. insyaAllah.